Hari Pertama Percubaan SPM
Pada 7hb September, murid-murid Tingkatan 5 telah mula menduduki ujian percubaan (Sijil Pelajaran Malaysa) SPM. Terdapat sebanyak dua kertas ujian telah dibuat oleh murid-murid, iaitu Bahasa Melayu Kertas Satu dan Kertas Dua. Semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam kedua-dua kertas ujian tersebut serta kertas-kertas ujian yang akan diduduki oleh mereka. Secara tidak langsungnya, percubaan SPM tersebut telah memanfaatkan mereka dengan membolehkan mereka membiasakan diri untuk menduduki peperiksaan SPM yang sebenar. Lebih-lebih lagi, percubaan SPM ini dapat mendedahkan sikap dan peraturan yang harus murid-murid perolehi ketika menjalankan peperiksaan SPM kepada murid-murid. Akhirulkalam, saya mengucapkan "Selamat Mencuba" kepada calon-calon ujian percubaan SPM dan berharap mereka dapat cuba sedaya-upaya untuk mendapat keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
"Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya."
Muka adik bulat seperti bulan,
Abang dan kakak gemuknya badan.
Merentasi ranjau di sepanjang jalan,
Berusaha demi mencapai kejayaan.