Sejarah:
Sejarah awal sekolah ini bermula sejak 1925 apabila sebuah banglo milik sepasang suami isteri, Encik Enmanuel dan Puan Ester yang terletak di tengah padang sekolah sekarang ini dijadikan tempat belajar.
Setelah En. Enmanuel meninggal dunia, Pn. Ester menyerahkan sekolah ini kepada pihak Gereja Methodist Tanjong Malim.
1931 – 1941
Sekolah Anglo Chinese telah ditubuhkan sehinggalah pada tahun 1941, sekolah ini telah dibom oleh tentera Jepun.
1945
Selepas Perang Dunia II (1945), pihak Gereja Methodist telah membuka Sekolah Inggeris Anglo Chinese semula di Bangunan Persatuan Khek Cina.
1948
Sekolah ini telah bergabung dengan Sekolah Inggeris Victory (yang telah ditubuhkan pada 1946) lalu diberikan nama baru, iaitu Sekolah Methodist (Persendirian).
Mei 1949
Sekolah ini telah diberikan ‘grant’, yakni bantuan modal oleh pihak kerajaan lalu diberikan nama baharu, iaitu Methodist English School (MES).
1949 hingga 1950
Selain bantuan modal kerajaan, pihak sekolah telah berusaha dengan gigih memungut derma daripada orang ramai untuk melengkapkan prasarana asas 7 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah pejabat, sebuah kantin dan sebuah tandas sebelum dibuka dengan rasminya oleh YAB Menteri Besar Perak pada 14 November 1951. Seyogia diingatkan, jika dihitung dari sejarah awal penubuhannya (1925),
MES akan menjangkau usia seabad (100 tahun) pada tahun 2024 nanti.
No comments:
Post a Comment